Desas-desus melibatkan kedudukan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan sejak beberapa hari lalu akhirnya menemui noktahnya selepas beliau diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen berkenaan.<br /><br />Pengumuman berkenaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam Majlis Pengisytiharan Calon PRU-15 Perikatan Nasional Perlis di Kompleks PAS Perlis pada Khamis.